DR. MUHAMMAD FAIZAL BIN TAHIRUDDIN
REKTOR IKDAR
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah negara. Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan digunakan untuk melatih manusia
membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Justeru, pendidikan tentang asas Islam ini semakin berkembang pesat bermula seawal abad ke-14 dengan berlakunya penghijrahan golongan ulama dan pendakwah dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. Pendekatan demi pendekatan dalam mendepani arus kehidupan dan peredaran zaman yang mencetuskan idealisme dan penyampaian Pendidikan Islam khususnya di Malaysia. Melalui tiga konsep utama di dalam Pendidikan Islam iaitu Tarbiah, Ta’lim dan Ta’dib menjadikan warga ke arah sifat Rabbani yang mempunyai sifat syumuliyyah, wasyatiyyah, Insasiyyah, muassarah dan a’lamiyah. Pendidikan tahfiz juga tidak terkecuali dalam penghijrahan golongan ini.
Oleh demikian, asas pembangunan dalam bidang tahfiz secara formal telah digerakkan oleh pihak Kerajaan Pusat sejak tahun 1966. Kerajaan Pusat telah menubuhkan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara. Bermula ketika itu, pendidikan tahfiz al-Quran semakin mendapat tempat di seluruh negara.Penubuhan institusi tahfiz yang semakin pesat di dunia terutama Malaysia sangat bertepatan bagi melahirkan huffaz yang cemerlang bukan sahaja duniawi malah ukhrawi dalam mengintegrasikan antara ilmu naqli dan ilmu aqli selari dengan teras utama Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang memfokuskan pemerkasaan pendidikan tahfiz di Malaysia.
Justeru, penubuhan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) bermula 2018 sehingga kini memberi peluang kepada para huffaz dari sistem pendidikan
bukan arus perdana terutama pelajar tahfiz untuk menyambung pelajaran di peringkat Diploma yang diiktiraf bagi meningkatkan kualiti diri dari segi intelektual,
kerohanian dan sebagainya. Selain itu, IKDAR juga memberi laluan alternatif kepada alumni atau pelajar yang tidak dapat menghabiskan hafazan al-Quran semasa di institusi tahfiz untuk menyambung pengajian peringkat tertinggi sehingga doktor falsafah. Sehingga kini IKDAR telah melahirkan ramai graduan terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang telah berjaya menempatkan diri mereka dalam alam pekerjaan dan pendidikan di luar sana.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat agensi-agensi yang banyak membantu IKDAR seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Kerajaan Negeri Perak, kerjasama bersama pihak universiti seperti Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Selangor (UNISEL), Madinah
International Universit (MEDIU), Geomatika University College (GUC), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (KUIS), UIN Sunan Kalijaga Jogjakarta, UIN Antasari Banjarmasin, UIN Arraniry Banda Aceh, University Of Newsmann UK, Alzette University France, rakan-rakan kerjasama serta agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu membangunkan IKDAR.
Diharapkan sokongan daripada semua pihak dalam memastikan hala tuju para pelajar terutama pelajar tahfiz dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia mendapat peluang dan ruang demi melahirkan ummah berkualiti dan berteraskan al-Quran.
Sekian terima kasih.
INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM DARUL RIDZUAN (IKDAR)
No 30, Wisma IKDAR
Jalan Kampung Jambu 4
Medan Koperasi Kampung Jambu
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan, Malaysia
© 2023 INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM DARUL RIDZUAN (IKDAR). Hakcipta Terpelihara. Web Design Malaysia