Seluruh warga Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Ahli EXCO Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (MTVET), pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mobiliti dan Penyertaan Inklusif TVET, Majlis Tvet Negera, Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 6 Ogos 2026.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkasa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat nasional. Semoga amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem TVET yang lebih inklusif, berdaya saing dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.





