Alhamdulillah, selesai sudah pengoperasian booth Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) selama dua hari, iaitu pada 9 hingga 10 Oktober 2026, sempena Karnival Konvokesyen Huffaz Nusantara-10 di German-Malaysia Institute (GMI), Kajang, Selangor.
Sepanjang dua hari ini, booth IKDAR telah menjadi platform untuk memperkenalkan IKDAR dengan lebih dekat kepada para pengunjung, berkongsi maklumat berkaitan peluang pendidikan dan pengajian, serta memberi pendedahan tentang laluan pendidikan berasaskan kemahiran.

Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan booth IKDAR, termasuk sesi podcast bersama alumni, pelajar IKDAR dan Graduan Huffaz, Roda Huffaz Challenge, kuiz hafazan, kaunseling pendidikan tinggi serta hebahan program Fast Track SPM secara percuma.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi singgah, menyertai aktiviti dan mendapatkan maklumat daripada pihak IKDAR. Sambutan yang diberikan amat bermakna dalam usaha memperluas pengenalan IKDAR kepada masyarakat serta membuka lebih banyak peluang kepada bakal pelajar untuk meneruskan pengajian.

Semoga usaha ini menjadi langkah positif dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. Insya-Allah!




