Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Program Ceramah Kesedaran Jenayah dan Anti-Buli: Membentuk Kampus Selamat, Harmoni dan Berintegriti pada 17 Ogos 2026 bertempat di Dewan IKDAR, Program ini merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan kesedaran warga IKDAR mengenai kepentingan mencegah jenayah dan gejala buli serta membudayakan nilai hormat-menghormati, tanggungjawab dan integriti. Penceramah program ini ialah ASP Rosmaria Binti Awang, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Taiping, Ibu Pejabat Daerah Taiping.

Melalui program ini, para pelajar didedahkan kepada pengetahuan berkaitan bentuk-bentuk jenayah dan buli, langkah-langkah pencegahan serta tindakan yang wajar diambil bagi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih selamat dan kondusif.

Semoga program ini dapat memperkukuh kesedaran dan komitmen seluruh warga IKDAR dalam bersama-sama membentuk sebuah komuniti yang selamat, harmoni, prihatin dan berintegriti.




