Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah melaksanakan Hari Sukan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) pada 15 Ogos 2026 bertempat di IKDAR dan Wintel Court, IKDAR. Turut hadir bersama YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR dalam Majlis Penutup Hari Sukan IKDAR. IKDAR juga telah menganjurkan pertandingan persahabatan bersama ADTEC JTM Kampus Taiping dan Kolej Komuniti Taiping dalam pertandingan futsal dan badminton.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Tahniah juga diucapkan kepada seluruh pelajar dan kakitangan atas semangat kesukanan, disiplin serta usaha yang telah ditunjukkan sepanjang berlangsungnya aktiviti.
Semoga program ini dapat terus memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan ukhuwah serta membentuk warga IKDAR yang sihat, aktif dan berdaya saing.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Sukan IKDAR 2026.





