IKDAR Meterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama Universitas Al Muslim, Acheh

IKDAR METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BERSAMA UNIVERSITAS ALMUSLIM, ACEH

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) terus memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Almuslim, Aceh, Indonesia.

Pemeteraian MoU ini merupakan langkah strategik dalam memperluaskan hubungan akademik antara kedua-dua institusi, meliputi kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan akademik, mobiliti pelajar dan pensyarah, pertukaran kepakaran serta pelaksanaan pelbagai program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Delegasi IKDAR diketuai oleh Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, bersama barisan kepimpinan institusi yang terdiri daripada:

* YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri bin Haji Abdullah – Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR

* Tuan Syed Mohamad bin Syed Zakaria – Penasihat Undang-Undang IKDAR

* Dr. Ahmad Muzammil bin Mohamad Shapawi – Ketua Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa IKDAR

Kerjasama ini mencerminkan komitmen IKDAR dalam memperluaskan jaringan global serta memperkasakan kecemerlangan pendidikan melalui kolaborasi strategik dengan institusi pengajian tinggi di peringkat antarabangsa.

Semoga hubungan erat yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif akademik yang memberi impak positif kepada pembangunan ilmu, inovasi dan modal insan, sekali gus mengukuhkan hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia.

Artikel:

https://share.google/ZlR7qJOkH95PRmLVx