Alhamdulillah, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) terus mengorak langkah dalam memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Muhammadiyah Aceh (UNMUHA), Indonesia pada 30 Julai 2026.

Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama pihak pengurusan tertinggi Universiti Muhammadiyah Aceh sebagai simbol komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi.
Kerjasama ini membuka ruang kepada pelbagai bentuk kolaborasi termasuk pertukaran kepakaran akademik, penyelidikan, pembangunan modal insan, perkongsian ilmu serta pelaksanaan program-program yang memberi nilai tambah kepada warga kedua-dua institusi.

Melalui jalinan kerjasama ini, IKDAR berharap dapat memperkukuh hubungan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia, di samping menyokong usaha melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran di peringkat global.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi asas kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif yang memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan Islam dan pendidikan tinggi di rantau ini.





