Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) melalui Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat IKDAR pada 3 Ogos 2026 bertempat di Dewan IKDAR. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR.
Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak “Tanah Air (Menjelang Kemerdekaan)” karya Dato’ Usman Awang yang digabungkan bersama nyanyian lagu Bahtera Merdeka, menyuntik rasa cinta akan tanah air dan menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan daripada wakil pelajar IKDAR.

Sebagai simbolik penutup majlis, seluruh warga IKDAR berdiri bersama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Nyanyian tersebut mencerminkan semangat perpaduan, kesatuan hati serta iltizam warga IKDAR untuk terus menyemarakkan nilai-nilai patriotisme, cintakan negara dan menghargai erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Melahirkan Huffaz Teknokrat




