Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Norlina bte Haji Samad atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang 7 tahun berkhidmat sebagai Pengarah Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) Cawangan Taiping
Setelah menabur bakti dengan penuh dedikasi, beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 30 September 2026
Segala tunjuk ajar, kepimpinan dan sumbangan yang dicurahkan amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.
Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.




