Pra-Pembentangan Proposal Projek Tahun Akhir

Telah berlangsung sesi Pra-pembentangan Proposal Projek Tahun Akhir bagi Batch 01/25

Program ini bertujuan memberi ruang kepada para peserta untuk membentangkan cadangan projek masing-masing, menerima maklum balas serta penambahbaikan daripada panel sebelum pembentangan akhir dilaksanakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, usaha dan persediaan yang telah ditunjukkan sepanjang sesi berlangsung. Semoga pengalaman ini dapat membantu meningkatkan kualiti projek yang bakal dihasilkan serta mempersiapkan peserta menghadapi pembentangan akhir dengan lebih yakin dan berkesan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.