The Asian Islamic Universities Association (AIUA) International Seminar and Anual General Meeting 2026

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menyertai The Asian Islamic Universities Association (AIUA) International Seminar and Annual General Meeting 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun 2026 di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia.

Penyertaan ini merupakan satu langkah strategik dalam usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama akademik serta hubungan antarabangsa IKDAR dengan institusi pengajian tinggi Islam di peringkat Asia. Melalui seminar dan mesyuarat tahunan ini, IKDAR berpeluang bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik, serta meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, penyelidikan, mobiliti pelajar dan pembangunan institusi.

Sepanjang program berlangsung, IKDAR turut mengadakan sesi perbincangan dan jaringan strategik bersama beberapa institusi pendidikan tinggi Islam terkemuka, antaranya UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Penyertaan dalam AIUA 2026 ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan lebih banyak kerjasama strategik di peringkat antarabangsa yang mampu memberikan manfaat kepada seluruh warga IKDAR. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi institusi dalam memperluaskan akses kepada peluang pendidikan, latihan, penyelidikan serta pembangunan modal insan yang berteraskan nilai-nilai Islam dan kecemerlangan akademik.