Majlis Istiadat Konvokesyen IKDAR Kali Pertama

Majlis Istiadat Konvokesyen IKDAR Kali Pertama telah berlangsung secara gilang gemilang pada 06 Februari 2023 lepas meraikan para graduan IKDAR bagi kumpulan pertama dan kedua yang telah lulus menamatkan pengajian dan layak bergraduasi. Turut sama diraikan pelajar separuh masa IKDAR dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). IKDAR menjadi institusi tahfiz pertama yang melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang mereka malah merupakan seorang huffaz.

Majlis ini diadakan di Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak dengan turut dimeriahkan oleh kehadiran para graduan, ibu bapa dan keluarga untuk sama sama meraikan hari bersejarah ini. Majlis ini turut dihadiri oleh para tetamu kenamaan terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah IKDAR, Mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pengarah JPK Wilayah Tengah, Orang Besar Jajahan, Pegawai Daerah, pegawai tertinggi agensi-agensi kerajaan, pengurusan tertinggi institusi-institusi pengajian tinggi, serta persatuan-persatuan tahfiz Malaysia. 

Syabas dan tahniah diucapkan buat para graduan. Semoga IKDAR dapat terus melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran dalam masa yang sama mempunyai nilai tambah sebagai seorang huffaz dan mencapai motto IKDAR iaitu “Melahirkan Huffaz Teknokrat”.