Alhamdulillah, telah berakhir Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berakhir malam tadi.
IKDAR telah diwakili oleh 2 orang pelajar, Saudari Nurul Jannah Binti Khairul Niza -Hafazan Juz 1-20 dan saudari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal – Hafazan Juz 1-10 (taranum)
Alhamdulillah, saudari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal mendapat tempat Ketiga bagi kategori Hafazan 1-10 juzuk wanita dengan markah sebanyak 94.76%.
Semoga dengan kejayaan ini dapat menginspirasikan pelajar-pelajar IKDAR untuk menyambung legasi yang ditinggalkan nanti.
Tahniah sekali lagi diucapkan





