Alhamdulillah selesai kunjungan mahabbah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) bagi perbincangan berkenaan kerjasama Sijil Tahfiz Al-Quran. Perbincangan yang berlangsung hampir dua jam tadi dihadiri oleh Pengarah IPGKI, Dr. Yahya bin Osman, Dr Mior Ahmad Termizi selaku Ketua Pusat, Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Ketua Jabatan, dan beberapa lagi pensyarah IPG.

Dalam majlis tersebut pihak IKDAR dan IPGKI turut merancang beberapa kerjasama dan program untuk dilaksanakan. Dengan permulaan ini diharapkan kedua-dua pihak dapat merencana program-program lain untuk manfaat bersama dalam usaha memperkasa pelajar tahfiz khususnya di negeri Perak.





