Alhamdulillah.. Selesai sesi Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (4PK) di Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) yang melibatkan pembaharuan Program dan Penambahan Premis bagi program Diploma Kemahiran Malaysia Pengajaran Tahfiz, Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Tahfiz dan Diploma Kemahiran Malaysia Penyeliaan Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Lawatan dihadiri Oleh Pegawai JPK, Puan Dayang Nurul Nahar Binti Talib, Panel Penilai, Ustaz Haji Shaparrin Bin Othman, En Muhammad Shukri Nor Mokles dan Ms Tan Guek Kuan dan Daripada IKDAR, Dr Muhamad Faizal bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, Pn Siti Norlina BInti Samad Pengurus pusat Bertauliah dan barisan Pensyarah IKDAR.
Setinggi Penghargaan dan terima kasih kepada yang telah hadir bagi menjayakan Lawatan panel Pentaulihan JPK hari ini.





