Alhamdulillah. Beberapa orang pelajar IKDAR telah mendapat jemputan ke Majlis Tadarus Khatam Al-Quran & Tahlil Perdana, dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Mahabbah, Larut Matang dan Selama di Bukit Jana, Kamunting.
Majlis ini telah diadakan semalam iaitu pada hari ahad, bermula pada jam 4 petang bertempat di Surau Nurul Hidayah, Kg Bukit Jana.





