Pada 26 Ramadan 1444H telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie dengan penglibatan pensyarah, kakitangan dan pelajar IKDAR.
Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dengan pengisian program antaranya amanat raya oleh Rektor IKDAR, penyampaian hadiah, iftar berjemaah, solat terawih yang diimamkan oleh pelajar IKDAR sendiri serta ditutup dengan acara moreh.
Majlis ini selain ingin meraikan bulan Ramadan yang mulia, ia juga bagi mengeratkan silaturrahim antara pensyarah, kakitangan dengan pelajar. Semoga akan datang, lebih banyak majlis-majlis yang melibatkan kakitangan dan pelajar dapat dilaksanakan.







