Kunjungan Serta Perbincangan Lanjutan Dengan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah

Telah berlangsung kunjungan hormat serta perbincangan lanjutan bersama dengan Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Al-Fadhil Ustaz Rahim Yahya bin Abd Rahman. Perbincangan bersama ini adalah berkenaan cadangan kerjasama akademik antara kedua-dua pihak. Semoga terjalin kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa institusi tahfiz khususnya di Sabah. Amin.