YDP USIA Datuk Sapawi Ahmad bersama dengan Setiausaha Agong USIA En Iman bin Ali telah membawa Rektor IKDAR bersama-sama untuk melawat Kampus USIA – IKDAR di Pusat Latihan Dakwah Al-Bukhari, Kampung Marasimsim, Kota Marudu pada Selasa lalu. Lawatan ini sekaligus meninjau perkembangan kampus tersebut dalam usaha merealisasikan kerjasama pembangunan kampus USIA – IKDAR. Rektor juga dalam kesempatan itu turut menghadiri jemputan sambutan raya anjuran USIA di Pejabat USIA semalam.





