Alhamdulillah selesai Taklimat dan Perasmian Latihan Keguruan Institusi Tahfiz Swasta Negeri Perak 2023. Diucapkan syabas dan tahniah kepada barisan peserta yang menyertai latihan keguruan pada tahun ini. Sekalung Penghargaan kepada Ybrs Ustaz Muhammad Fadhli b Baharum (Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPK) diatas penyempurnaan Perasmian itu tadi. Semoga para peserta yang terlibat dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang peserta latihan keguruan dengan jayanya.

Turut hadir menyempurnakan majlis Rektor IKDAR, Prof Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin diiringi oleh Dato’ Haji Mohd Azlan Bin Suhaimi (Pengerusi, Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak (PEMATAP) dan Ustaz Afifi Abdul Rahman dari Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran (PERMATA).






