Alhamdulillah selesai program Hari Terbuka IKDAR yang telah diadakan di Kampus Utama Taiping,Perak bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh ahli lembaga penasihat akademik IKDAR, Drs Zamri Bin Abdul Hamid dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Jabatan Operasi dan Latihan, Encik Saiful Hizam Bin Abu Zarim.

Terdapat pelbagai aktiviti dan program telah diadakan pada hari ini melibat semua pelajar dan kakitangan IKDAR. Diantara aktiviti dan program ialah program derma darah, pameran booth persatuan/kelab dan NGO, taklimat pendidikan lanjutan pendidikan tahfiz, temuduga kemasukan sesi september, jualan pakaian pre-love dan lain-lain.

Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis.