IKDAR hari ini telah dikunjungi oleh wakil dari Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Prof Dr. Muhammad Yasir Yusuf, Timbalan Rektor 1, Prof Dr. T. Zulfikar, Timbalan Pengarah Pascasarjana UIN Ar-Raniry. Pertemuan ini adalah dalam rangka untuk menjalin kerjasama antara pihak UIN Ar-Raniry dan IKDAR.

IKDAR diwakili oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Ketua Unit IBS, Puan SIti Norlina, Ketua Unit Akademik, Ustazah Hafizah dan Ketua Unit HEP, Ustaz Ahmad Ridhwan.
Semoga dengan perbincangan dan pertemuan ini dapat membangunkan kerjasama yang baik yang dapat memberikan manfaat kepada para pelajar IKDAR, kedua belah pihak dan pendidikan tahfiz negara.






