Alhamdulillah, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah berjaya mengadakan program tahunan IKDAR iaitu hari Sukan IKDAR. Program ini dilaksanakan untuk melihat keaktifan, bakat serta kekreatifan pelajar dalam melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini. Hari Sukan IKDAR 2023 ini dirasmikan oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin.
Aktiviti ini telah disertai oleh seluruh kakitangan dan pelajar IKDAR. Pelbagai sukan dan acara dipertandingkan seperti Futsal, Badminton, Pingpong, Catur, dan Sepak Takraw.

Tahniah kepada para pemenang untuk Hari Sukan pada sesi kali ini. Semoga dengan penglibatan semua pihak dapat dilaksanakan lagi Hari Sukan ini malah dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk institusi-institusi tahfiz yang berdekatan untuk bersama-sama memeriahkan lagi Hari Sukan IKDAR di masa akan datang.

饾悓饾悶饾惀饾悮饾悺饾悽饾惈饾悿饾悮饾惂 饾悋饾惍饾悷饾悷饾悮饾惓 饾悡饾悶饾悿饾惂饾惃饾悿饾惈饾悮饾惌





