MoU Institut kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)

Alhamdulillah, hari ini telah termeterai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA).

MoU ini antaranya adalah bagi kerjasama program kesinambungan pengajian ke peringkat Diploma di IKDAR, penempatan kerjaya dan latihan guru dan pelajar, serta pertukaran kepakaran.

MoU antara IKDAR dan HESA ini telah ditandangani oleh Lembaga Penasihat Akademik IKDAR, Drs. Zamri bin Abdul Hamid, disaksikan oleh Ustaz Sariffudin bin Tahiruddin. Dan YBrs. Ustaz Mohamad bin Ismail, selaku Ketua Pegawai Eksekutif HESA. Majlis turut dihadiri oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Tahiruddin walaupun dalam kekangan kesihatan. Majlis ini telah diadakan di Kompleks HESA pada pagi tadi.

Turut berlangsung sesi taklimat yang disampaikan oleh Rektor IKDAR sendiri, Pegawai Kemasukan Pelajar, Ustaz Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin bagi dan Pengarah IKDAR Business School, Puan Siti Norlina Bte Hj Samad yang dihadiri oleh para pentadbir sekolah.

Semoga segala usaha dalam memperkasa institusi tahfiz dan pelajarnya diberi kemudahan dan kelancaran. Didoakan juga buat Rektor agar diberi kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik. Amin.