Kunjungan Hormat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz Tvet

Hari ini, Jawatankuasa Kerja (JKK) Pembangunan Tahfiz TVET dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, telah mengadakan kunjungan hormat ke kampus Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan, Kampus Taiping.

JKK Tahfiz TVET ini dihadiri oleh Tuan Dr. Khairul Azhar Bin Abdul Rahim dan Puan Lili Munira Binti Mat Yusof disambut oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin di pejabat beliau.

Kunjungan hormat ini lebih kepada perbincangan-perbincangan dan isu semasa berkaitan dengan pembangunan Tahfiz TVET dan gerak kerja JKK di masa akan datang.

Semoga dengan perbincangan ini, melahirkan ramai lagi graduan Tahfiz TVET sekaligus golongan huffaz ini mendapat tempat di mana-mana sektor yang memberi manfaat kepada negara, bangsa dan agama.

Melahirkan Huffaz Teknokrat.