Dalam ruang yang ada, Rektor IKDAR berkesempatan menyampaikan pengajian berkitab bersama dengan pelajar siswa dan siswi pada pagi ini. Pengajian hampir dua jam ini diadakan di Surau IKDAR dengan kehadiran pelajar siswi secara dalam talian.

Kitab yang menjadi rujukan adalah Kitab Fiqhusiyasi. Program pagi ini telah disusun dibawah Unit HEP dengan tujuan dapat memberi pengisian rohani kepada para pelajar, serta turut membincangkan berkenaan fiqh bagi persediaan dalam kehidupan bermasyarakat.