Lawatan dan Perbincangan untuk potensi kerjasama Program Kemahiran dan Pengajian

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kehadiran daripada Yayasan Mahasiswa petang semalam yang dihadiri oleh CEO Encik Mohd Shahrul bin Abu Bakar bersama dengan seorang pegawai, Encik Faiz.

Kehadiran tersebut diraikan oleh Dr Muhammad Faizal Tahiruddin, serta pegawai. Lawatan ini membawa kepada perbincangan berkenaan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi program kemahiran dan pengajian. Semoga perbincangan ini mencapai kerjasama seperti yang dihasratkan dan dapat memperkasakan institusi tahfiz