Lawatan Penanda Aras Pusat Pembangunan Kemahiran KIAS (KIASDEC)

Telah berlangsung lawatan penanda aras dan tadbir urus bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Pusat Pembangunan Kemahiran KIAS (KIASDEC).

KIASDEC dihadiri seramai 10 orang pegawai termasuk Pengarah KIASDEC, Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah, Timbalan Pengarah I KIASDEC Ustaz Wazi bin Othman, dan pegawai lain. Manakala IKDAR dihadiri oleh Rektor, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin bersama dengan ketua-ketua unit yang lain.

Lawatan ini membawa kepada perbincangan dan perkongsian pandangan daripada Rektor IKDAR kepada pihak KIASDEC bagi penubuhan program SKM.

Semoga perkongsian dan perbincangan ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar.