Majlis Penutupan Program Moh SPM 4.0 dan Karnival Tvet

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Majlis Penutupan Program Moh Sukses SPM 4.0 Tuisyen Cikgu Saarani Dun Kota Tampan Sesi 2023/2024 dan Karnival TVET di Dewan Bestari SMK Dato Ahmad Lenggong, Perak.

YAB MB dalam ucapan turut memberi penekanan berkenaan lanjutan pendidikan dalam pelbagai cabang keilmuan termasuk bidang TVET.

YAB MB juga turut berkesempatan turun melawat reruai pameran dari pelbagai institusi termasuk IKDAR serta menyampaikan sijil penghargaan.