Alhamdulillah pagi tadi pihak IKDAR telah menerima kunjungan hormat dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh. Kunjungan tersebut dihadiri oleh Pengarah ILP Ipoh Ts. Azmi bin Mat, Ketua Jawatan Mekanikal Pengeluaran, Ts. Zamri bin Husin; Penolong Pengarah Community Employment Support Service (CESS), Ts. Noor Amizan bin Abd Rahman; En. Mohd Rizzuan bin Yusof, dan Ustaz Mohammad Asri bin Tahiruddin.
Kunjungan ini membawa kepada perbincangan kerjasama antara ILP Ipoh dengan IKDAR bagi penglibatan pelajar tahfiz dalam pelbagai cabang TVET. Majlis dipengerusikan oleh Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin dengan kehadiran ketua-ketua unit IKDAR. IKDAR turut menjemput persatuan PEMATAP dan Yayasan ADDIN bagi turut sama menyumbang pendapat, kepakaran serta sebagai rakan kerjasama untuk tujuan ini.

PEMATAP dihadiri oleh Pengerusi, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azlan bin Haji Suhaimi beserta Timbalan Pengerusi, Ustaz Abdul Halim bin Majid. Yayasan ADDIN pula dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Sabri bin Nordin bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN, Ustaz Mohd Taufiq bin Shamsumiah.
Semoga usaha ini membawa kepada penghasilan pelajar tahfiz yang bukan sahaja berjiwa Al-quran, malah pakar dalam bidang kemahiran sekaligus menghasilkan huffaz teknokrat.






