Dalam usaha IKDAR untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa, pihak maahad tahfiz dan pelajar berkenaan peluang pendidikan lepasan tahfiz tanpa SPM, IKDAR telah mengadakan program Hari Terbuka 2024 yang berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, Seri Manjung.
Program pada hari ni melibatkan taklimat berkenaan peluang lanjutan pengajian pelajar tahfiz serta program fast-track SPM percuma yang ditawarkan.
Semoga program hari ini memberi manfaat serta pendedahan kepada semua pihak yang berkaitan. Amin






