Pihak Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kunjungan daripada Cawangan Pemerkasaan Sahsiah & Psikologi, Jabatan Modal Insan Lembaga Tabung Haji yang dihadiri oleh Pengurus Besar Strategik Modal Insan, Ustaz Mohd Shafiq bin Shawal, Pengurus Dakwah & Kepimpinan dan Ustaz Fadhil Hafidz bin Muhiddin, Eksekutif Hal Ehwal Islam.
Sesi perbincangan ini bertujuan untuk membina jalinan kerjasama bagi pelaksanaan program TVET. Semoga perbincangan ini mencapai kerjasama yang baik dan dapat memperkasa institusi tahfiz seperti yang diharapkan.







