Telah berlangsung ujian Terbuka Hafazan Al-Quran di Dewan Serbaguna, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan. Ujian terbuka ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji sejauhmana kualiti ingatan hafazan al-Quran para pelajar semasa melalui pembelajaran di IKDAR.

Untuk kali ini, IKDAR menjemput panel Al-Fadhil Ustaz Mohd Saharil Bin Yasin, iaitu Pengetua Pusat Tahfiz Bukit Gantang. Seramai 22 peserta dari kalangan pelajar IKDAR yang terpilih untuk mengikuti ujian ini.

Dengan adanya program sebegini dapat mengukuhkan kualiti hafazan para pelajar seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus mengambil peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia di Darul Quran dan Sijil Tahfiz Negeri Perak.

Melahirkan Huffaz Teknokrat