Pengerusi Jawatankuasa Kerja (JKK) Pembangunan Tahfiz Tvet, Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR atas pelantikan kali kedua sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja (JKK) Pembangunan Tahfiz TVET Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Kementerian Sumber Manusia Di Bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) yang berkuatkuasa 5 Julai 2024 hingga 4 Julai 2027.

Diharapkan dengan pelantikan ini akan dapat membantu Kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia dalam usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan latihan kemahiran negara.

‘Melahirkan Huffaz Teknokrat’