Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR mengadakan kunjungan hormat kepada ACP Mohamad Nasir Bin Ismail selaku Ketua Polis Daerah Taiping di Pejabat Ketua Polis. Kunjungan ini turut dihadiri oleh Drs Zamri Bin Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Institusi IKDAR.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan menjalinkan kerjasama yang erat antara IKDAR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping dan jemputan ke Majlis Konvokesyen IKDAR Kali ke-2.
Pihak IKDAR ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak IPD Taiping kerana telah menerima kunjungan hormat IKDAR. Kami amat menghargai masa dan usaha yang telah diluangkan oleh pihak IPD Taiping. Pihak IKDAR berharap agar hubungan baik ini akan terus terjalin dan kerjasama antara IKDAR dan PDRM akan lebih erat dan kukuh pada masa akan datang.






