LATIHAN KEBAKARAN INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM DARUL RIDZUAN

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan latihan kebakaran kepada semua kakitangan dan pelajar IKDAR. Latihan ini telah dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Taiping.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar dan kakitangan terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran. Selain itu, latihan ini juga dapat mendedahkan para pelajar dengan pengalaman langsung menghadapi kebakaran.

Secara rasionalnya, dengan terlaksana latihan ini, ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan keselamatan nyawa dan harta benda, sebaliknya mampu mengenalpasti kecemasan tidak terhalang serta kemerbahayaan di luar jangka sama ada ia dari dalam mahupun di luar sesebuah bangunan.

Terima kasih di atas kerjasama daripada APM Daerah Taiping di atas tunjuk ajar yang diberikan. Segala nasihat dan teguran akan diperbaiki dan ditambah baik.