
Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan telah hadir ke Universiti Islam Selangor (UIS) pada 05 November 2024. Kehadiran ini telah disambut baik oleh Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan.

Delegasi IKDAR ini diketuai oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Turut hadir bersama Tuan Syed Muhammad Bin Syed Zakaria yang merupakan Penasihat Undang-Undang IKDAR bersama beberapa kakitangan lain dari Unit Akademik.
Dalam perbincangan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bagi membangunkan kedua-dua Institusi seterusnya dapat memartabatkan pendidikan tinggi terutama daripada golongan pelajar tahfiz.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Universiti Islam Selangor atas kesudian menerima kunjungan daripada delegasi IKDAR. Semoga usaha-usaha ini dipermudahkan dan dapat melahirkan Huffaz yang Teknorat.





