
Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah hadir buat pertama kalinya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 05 November 2024. Kehadiran ini telah disambut baik oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudun Md Shaarani, Naib Canselor USIM.
Delegasi IKDAR ini diketuai oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Turut hadir bersama Tuan Syed Muhammad Bin Syed Zakaria yang merupakan Penasihat Undang-Undang IKDAR bersama beberapa kakitangan lain dari Unit Akademik.
Dalam perbincangan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bagi membangunkan kedua-dua Institusi terutama hala tuju lepasan pelajar IKDAR untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi terutama di USIM.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia atas kesudian menerima kunjungan daripada delegasi IKDAR. Semoga usaha-usaha ini dipermudahkan dan dapat melahirkan Huffaz yang Teknorat seterusnya dapat memartabatkan pendidikan tinggi terutama daripada golongan pelajar tahfiz.





