Program Sempena Tanya Cikgu Saarani Bersama Dengan Pelajar, Warga pendidik Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Daerah Larut Matang dan Selama

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah dijemput oleh Pejabat Menteri Besar Perak melalui Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk pembukaan reruai sempena Tanya Cikgu Saarani bersama dengan Pelajar, Warga Pendidik Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daerah Larut, Matang dan Selama pada 11 November 2024 di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak telah berkunjung ke reruai IKDAR dan disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, rektor IKDAR. Program ini merupakan platform bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya pelajar dan warga pendidik.

IKDAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput IKDAR untuk bersama-sama dalam program sebegini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah sudi untuk hadir ke reruai IKDAR. Semoga program sebegini dapat diteruskan demi memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam melahirkan insan yang cemerlang untuk pembangunan negara