Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan penyampaian watikah dan taklimat bagi Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan bagi Sesi 2024/2025. Penyampaian watikah ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin di Dewan IKDAR.
Seramai 14 orang pelajar telah dilantik sebagai MPP IKDAR bagi Sesi 2024/2025. Bacaan Akur Janji turut diadakan yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zikri Bin Mohd Nazri selaku presiden MPP IKDAR Sesi 2024/2025. semoga dengan lantikan ini, pelajar yang terpilih dalam MPP ini dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya dalam mencapai kecemerlangan yang lebih baik di masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang dilantik dan selamat berkhidmat. Semoga terus maju !






