KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDIDIKAN TAHFIZ 2024

YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Peningkatan Profesionalisma Pendidikan Tahfiz 2024 anjuran Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA). Kursus ini telah berlangsung pada 26-28 November 2024 yang dihadiri oleh seramai 170 orang guru dan pengurusan tahfiz di Johor.

YBrs. Rektor telah memberikan ceramah bertajuk Pengurusan Institusi Tahfiz Yang Profesional. Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato’ (Dr.) Haji Nooh Bin Gadot, Mantan Mufti Johor yang merupakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput rektor IKDAR sebagai penceramah bagi kursus ini. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dan dapat diamalkan untuk membangunkan Institusi Tahfiz yang cemerlang.