Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Sesi Temuduga Kemasukan Pelajar Baharu Ke IKDAR Sesi 1/2025 pada 21 Disember 2024 bertempat di aras 1, Wisma IKDAR. Ini merupakan temuduga kali kedua bagi kemasukan sesi 1/2025.
Antara ujian yg dilaksanakan adalah ujian Bertulis, ujian Shafawi dan ujian Temuduga. Ujian-ujian tersebut telah dipanelkan oleh pensyarah-pensyarah di IKDAR.
Turut hadir bersama YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Beliau juga turut menyampaikan taklimat berkaitan pengenalan IKDAR kepada ibu bapa.

Taklimat Akademik dan Kewangan juga turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa yang hadir. taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Siti Norlina Binti Samad dan Cik Intan Shufina Binti Johari.
IKDAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa serta calon yang sudi meluangkan masa bagi sesi temuduga ini.






