Pembentangan Bagi Permohonan Pelaksanaan PDP Atas talian dan Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPK) di Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Pembentangan bagi Permohonan Pelaksanaan PdP atas talian telah diadakan pada 15 Januari 2025 secara atas talian. Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Sukri Bin Ismail, Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Turut hadir bersama atas talian ialah YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengurus Pusat Bertauliah serta kakitangan Jabatan Akademik IKDAR.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia juga telah megadakan lawatan secara fizikal ke IKDAR bagi pentauliahan program kemahiran. Program yang terlibat bagi pembaharuan program adalah program Pengajaran Tahfiz mengikut tahap dan penambahan program baharu adalah Pengajaran Tahfiz mengikut tahap – Patuh COPTPA.

Lawatan ini telah dihadiri oleh panel penilai daripada JPK dan disambut baik oleh Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengurus Pusat Bertauliah

Terima kasih kepada pihak JPK atas kesudian hadir secara atas talian dan fizikal di IKDAR.