Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara Universiti Islam Selangor dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Islam Selangor (UIS) dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) pada 16 Januari 2024 di Dewan Senat, UIS.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil daripada IKDAR iaitu YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama YBrs. Tuan Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang-Undang IKDAR. Wakil daripada UIS ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan dan Dr. Sapie Bin Sabilan, Dekan Fakulti Pendidikan, UIS.

Perjanjian ini disaksikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Izzuddin Bin Mohd Pisol, Timbalan Dekan (Akademik & Pengantarabangsaan), UIS.

Dalam majlis ini turut diadakan perjanjian persefahaman UIS dengan Tijarah HatiMurni Sdn. Bhd dan Universitas Nahdhatul Ulama Sunan Giri (UNUGIRI).

Terima kasih UIS atas kesudian untuk menjalinkan kerjasama dengan IKDAR. Semoga kerjasama ini dapat membantu para pelajar IKDAR untuk menyambung pengajian di UIS dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya dapat melahirkan para Huffaz yang cemerlang dalam bidang pendidikan.