Apa itu Tahfiz Tvet?
Sistem Pendidikan melalui kaedah pelaksanaan berasaskan kemahiran khas bagi pelajar semasa dan lepasan Tahfiz untuk meneruskan kesinambungan Pendidikan peringkat tinggi atau sebagai persediaan kemahiran tertentu dengan mengekal dan memantapkan hafazan sedia ada.
Terdapat 4 jenis Tahfiz TVET.
1. Tahfiz TVET
2. TVET Tahfiz
3. TVET Islami
4. Modular
Tahfiz TVET Pilihan Lepasan Tahfiz (Khusus Bagi Lepasan Tahfiz Bukan Arus Perdana Tanpa SPM)
- Tiada Syarat Keperluan SPM
SPM bukan menjadi syarat kemasukan ke program Tahfiz TVET. - Pelbagai Pengajian Berkaitan Islam di TVET
Program berkaitan Tahfiz TVET menawarkan lebih 25 program pengajian Islam/ Pengurusan Islam - Persekitaran Mesra Al-Quran / Pemantapan Hafazan
Pelajar diwajibkan mempunyai syarat minimum hafazan al-Quran dan mempunyai program pemantapan hafazan di institut. - Pengiktirafan Persijilan
Semua sijil dibawah Tahfiz TVET diiktiraf dan boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda.





