Perhimpunan Pagi Pelajar Bersama Ahli Lembaga Pengarah Institusi

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) melalui Unit Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan perhimpunan pagi pelajar. Perhimpunan pagi ini telah dihadiri oleh kakitangan akademik dan pentadbiran IKDAR. Turut hadir bersama YBrs. Drs. Zamri Bin Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Institusi.

YBrs. Drs. Zamri Bin Abdul Hamid turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan tarbiah kepada pelajar-pelajar IKDAR. Semoga apa yang beliau sampaikan dapat diterapkan dalam kehidupan pelajar seterusnya dapat melahirkan huffaz yang cemerlang di dunia dan akhirat.

‘Melahirkan Huffaz Teknokrat’