Telah berlangsung Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1446H/2025M bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh. Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal kerana telah berjaya terpilih dalam kategori bagi kategori 1-10 Juzuk (Perempuan).

Pelajar tersebut telah memperdengarkan alunan hafazan al-Quran pada hari ini (18 Februari 2025). Warga IKDAR mendoakan semoga setiap hasil usaha Saudari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal dibalas oleh Allah dengan kejayaan dan melahirkan huffaz berkualiti dari segi hafazan al-Quran serta menjadi contoh dan inspirasi kepada pelajar yang lain.





