Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1446H/2025M

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori bagi Hafazan Al-Quran 1-10 Juzuk (Perempuan) dalam Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1446H/2025M yang telah diadakan di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Semoga pencapaian ini menjadi pendorong untuk terus maju dan pencapaian ini bukan sahaja bukti kecemerlangan dalam hafazan, tetapi juga dedikasi serta usaha yang penuh kesungguhan. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk terus mendalami Al-Quran dan mengamalkan ajaran-Nya dalam kehidupan seharian. Teruskan usaha, dan semoga setiap langkah di jalan ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNORAT