Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan ujian terbuka hafazan bagi pelajar IKDAR pada 27 Februari 2025 bertempat di Dewan IKDAR. Ujian ini telah dipanelkan oleh panel luar iaitu Ustaz Raja Zulfadhli Bin Raja Musa. Ujian ini diwakili oleh dua orang setiap batch pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyertai ujian terbuka hafazan ini.

Setiap ayat yang dihafal bukan sekadar memori, tetapi satu langkah mendekatkan diri kepada Allah. Ujian ini merupakan usaha berterusan dalam memperbaiki diri. Semoga setiap pelajar mendapat manfaat dan terus bersemangat untuk meningkatkan hafazan dan memperbaiki bacaan mereka.






