Kursus Imam Dan Bilal Terawih Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) melalui Unit Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kursus Imam dan Bilal Terawih IKDAR bagi semua pelajar yang menginap di asrama di Dewan dan Surau IKDAR pada 28 Februari 2025. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti bacaan dan pengurusan solat terawih. Selain itu, untuk memimpin azan dan memastikan kelancaran solat berjemaah sepanjang bulan Ramadhan.

Hasil daripada kursus ini, para pelajar dapat belajar untuk menjadi Imam yang berwibawa dan sebagai panduan untuk Bilal memimpin azan dengan penuh keyakinan serta etika dan adab dalam memimpin solat berjemaah.

Diharapkan kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan melahirkan generasi yang memimpin dengan baik dan dapat menjadi teladan kepada yang lain.